fbpx
Gambar hiasan. KREDIT JANAAN AI

‘Kenapa perempuan masak tangan mesti dekat pinggang?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Kenapa perempuan kalau masak tangan mesti letak dekat pinggang?”

Itu persoalan yang dibangkitkan seorang lelaki sehingga menimbulkan ‘perdebatan’ dalam kalangan orang ramai.

Pertanyaan itu dikemukakan di media sosial oleh pengguna yang menggunakan profil @Wak_yeh menerusi kumpulan media sosial @OhWanita.

Antara komen yang paling mendapat perhatian adalah daripada akaun media sosial sebuah masjid yang terletak di Lembah Keramat, Kuala Lumpur iaitu Masjid As-Sobirin.

“Tangan letak dekat pinggang, lauk lagi cepat masak. Lauk takut kena marah,” katanya

Komen berkenaan meraih lebih 8,000 tanda suka dan hampir 600 perkongsian semula, dipercayai tertinggi berbanding komen-komen pengguna yang lain.

Selain itu, ada juga pengguna yang meninggalkan komen dan alasan ‘di luar kotak’.

“Sebab kalau letak dekat telinga orang ingat nak azan,” ujar @Rabbitbrandmy.

“Keseimbangan paksi graviti,” komen @Nanaazhar_.

“Sebab kalau dekat mata tak nampak pula nak masuk periuk apa,” jaaab @Zam.akmal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN