PETALING JAYA – Bukan sudu, bukan juga ‘food mixer’, tetapi menggunakan ‘drill’ (alat penebuk).
Itu peralatan yang digunakan seorang peniaga untuk membancuh air di sebuah gerai jualan di tepi jalan.
Berdasarkan klip video yang tular di laman sosial, kelihatan peniaga lelaki tersebut menggunakan ‘drill’ untuk membancuh air di dalam gelas plastik sebelum dibungkus.
“Menangis KKM (Kementerian Kesihatan) kalay tengok pakcik ini,”tulis perkongsian itu.
Difahamakan, klip video tersebut dirakam di sebuah kawasan di sekitar Alor Setar.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut mempersoalkan tentang tahap kebersihan air tersebut kerana dakwa mereka ‘drill’ tersebut tidak sesuai digunakan dalam proses penyediaaan makanan dan minuman.
“Saya pernah guna ini (drill) buat air milo masa dulu , satu Malaysia kecam cakap bukan untuk bancuh makanan sebab ada karbon saya tak pakai lagi, memang tak sesuai pun benda ni,”tulis Azrul Hisyam Basherahil.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mohamad Syahir Husin.
“Dalam ‘cordless’ tu ada karbon, setiap putaran tu mesti akan hasil habuk karbon yang keluar. Tu je nak bagitahu,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE














