PAPAR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan sebanyak 603 kes kesalahan sepanjang 14 hari kempen Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah.
Pengerusinya, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, menerusi jumlah berkenaan, 81 laporan polis diterima.
”Lima lagi adalah laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Semua perkara ini ialah di bawah tindakan agensi berkaitan,” katanya pada akhbar di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekolah Kebangsaan (SK) Kawang pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Ramlan berkata, tindakan kesalahan di bawah SPR merupakan kesalahan kecil seperti bahan kempen.
Menurutnya, perkara terbabit sudah diambil tindakan seperti menurunkan poster-poster yang tidak sesuai dan sebagainya.- KOSMO! ONLINE
PRN17 Sabah: 603 kesalahan sepanjang kempen pilihan raya
- Oleh IVAN AMIRUL
- 29 November 2025, 1:06 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

Pemandu tiada lesen ditahan rempuh tiga kereta, rumah
21 Julai 2026, 7:35 pm

Tikam Bandar Mahkota Cheras: Lima lelaki ditahan
21 Julai 2026, 7:30 pm

Setiausaha, bendahari NGO ditahan disyaki seleweng RM5 juta
21 Julai 2026, 6:17 pm

Zii Jia, Wooi Yik, Ee Wei tidak tersenarai ke Sukan Asia
21 Julai 2026, 6:08 pm

Network School diarah henti operasi
21 Julai 2026, 5:46 pm

Sindiket ‘scammer’ di Kuantan tumpas
21 Julai 2026, 4:22 pm

‘Saya tumpang rezeki anak, satu persatu tawaran datang’
21 Julai 2026, 4:20 pm

Rayuan pendakwaan pembebasan Papagomo diketahui 31 Julai
21 Julai 2026, 4:12 pm






