fbpx
Riynn Lee memberi taklimat tentang kerjasamanya untuk menjayakan kempen terbaharu Sccot di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Scoot bersama ilustrator tempatan jayakan kempen Beyond Borders

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Scoot, anak syarikat tambang rendah Singapore Airlines menjemput rakyat Malaysia menjelajah dunia untuk pengalaman kulinari menerusi kempen terbaharunya, ‘Scoot Beyond Borders, Turning Flavours into Journeys.’

Bagi menghidupkan idea tersebut, Scoot berkerjasama dengan ilustrator Malaysia, Riynn Lee bagi menghasilkan sebuah karya ilustrasi digital yang menzahirkan kegembiraan penerokaan rasa baharu.

Ilustrasi ini menceritakan pengalaman peribadi perjalanan kulinari yang dialami Riynn di Phu Quoc, Vietnam, salah satu destinasi penerbangan terkini oleh Scoot yang dioperasikan dengan pesawat Embraer E190-E2.

Riynn akan merakamkan kembaranya melalui siri kandungan media sosial, serta pelekat interaktif WhatsApp dan Instagram yang akan dilancarkan secara berperingkat pada bulan hadapan.

Pengarah Pemasaran, Komunikasi dan Kesetiaan Scoot, Agatha Yap berkata, bagi ramai rakyat Malaysia, makanan membangkitkan kenangan dan emosi. 

“Oleh sebab itu, kami mengambil keputusan untuk berkerjasama dengan seorang ilustrator Malaysia muda yang kreatif untuk merakam keseronokan meneroka rasa baharu yang mencetuskan rasa ingin tahu dan eksplorasi. 

“Kempen terbaharu kami ini bukan sahaja mengetengahkan rangkaian Scoot ke pelbagai destinasi kulinari popular malah ia turut meraikan hubungan budaya menerusi makanan,” katanya dalam sesi bersama media di sini baru-baru ini.

Scoot kini mengoperasikan armada 50 pesawat merangkumi Boeing 787 Dreamliners, Airbus A320 serta Embraer E190-E2 untuk terbang ke lebih 70 destinasi merentasi 18 negara dan wilayah di Asia Pasifik, Asia Barat dan Eropah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN