fbpx
Naran ketika ditemui di luar Mahkamah Shah Alam berhubung prosiding permohonan laporan bedah siasat Syamsul Haris. FOTO: SADDAM YUSOFF/KOSMO!

Syamsul Haris: Itu hak seorang ibu – Peguam Naran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan sebutan semula permohonan Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, untuk mendapatkan laporan bedah siasat pertama anaknya, Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin pada 5 Disember ini.

Hakim Datuk Bhupinder Singh menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin membantah permohonan tersebut susulan kes berkenaan masih dalam siasatan.

Selain itu, Pejabat Peguam Negara belum lagi mendapat laporan bedah siasat yang dijalankan Institut Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Namun peguam Datuk Naran Singh berhujah bahawa pihaknya sudah memohon laporan bedah siasat pertama melalui polis dan tiada sebarang bantahan diterima.

Jelasnya, laporan bedah siasat merupakan dokumen awam seperti mana termaktub dalam perundangan. Mahkamah kemudian meminta Timbalan Pendakwa Raya memfailkan hujahan sekiranya terdapat bantahan berhubung permohonan mendapatkan laporan tersebut.

Di luar mahkamah, Naran menegaskan anak guamnya berhak mendapatkan laporan bedah siasat itu memandangkan dokumen tersebut adalah dokumen umum.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI