fbpx
Prakash dibawa keluar daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas prosiding kesnya selesai. Foto MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS/KOSMO!

Rayuan ‘tidak mahu berpisah anak’ gagal, Prakash dipenjara 30 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Perbuatan seorang pemandu e-hailing mengedar dan memiliki lebih 24.58 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah termasuk kanabis pada empat tahun lalu membawa padah apabila dipenjara 30 tahun dan 25 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Hakim Datuk Seri Latifah Mohd. Tahar menjatuhkan hukuman itu terhadap K. Prakash, 43, yang didapati bersalah selepas pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Berdasarkan pecahan hukuman, Prakash dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan atas kesalahan mengedar kanabis selain masing-masing penjara selama lima tahun atas kesalahan memiliki Monoacetylmorphines dan heroin.

Bagi pertuduhan memiliki, tertuduh juga diperintahkan menjalani sebatan masing-masing sebanyak tiga dan lima, bagaimanapun hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 22 April 2021.

Terdahulu pada prosiding itu, Prakash merayu tidak dikenakan hukuman penjara kerana tidak sanggup berpisah dengan anak tunggalnya yang berumur enam tahun dan kini berada di bawah jagaan bekas isterinya.

“Kalau saya masuk penjara, macam mana saya mahu jumpa. Sudah beberapa tahun saya tidak jumpa anak,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN