fbpx
Gambar hiasan

4 termasuk guru diberkas disyaki edar ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Seramai empat lelaki termasuk seorang guru diberkas kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah dalam serbuan di sebuah premis di Kampung Raja di sini awal pagi ini.

Dalam serbuan pada pukul 1.30 pagi itu menemukan dadah jenis ganja seberat 21.70 gram.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Rozaime Ab. Rahim berkata, premis tersebut diserbu selepas risikan mendapati premis tersebut digunakan untuk aktiviti pengedaran dadah.

“Pemeriksaan di dalam premis berkenaan menjumpai sejumlah dadah jenis ganja yang dianggarkan berjumlah RM1,085.

“Empat lelaki termasuk seorang guru yang berada di premis tersebut telah ditahan bagi membantu siasatan,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Rozaime berkata, ujian urin mendapati tiga daripada empat suspek positif jenis THC.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN