fbpx
Keadaan mangsa yang maut di lokasi kejadian, semalam.

Pemuda maut tersepit bawah jengkaut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggangi tersepit di bawah jengkaut berhampiran kilang gula di sini, tengah malam tadi.

Mangsa berusia 20 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, seramai lima anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 12.06 tengah malam.

Menurutnya, berdasarkan maklumat awal mendapati motosikal jenis Yamaha Y15 ditunggangi mangsa telah melanggar sebuah jengkaut.

“Penunggang motosikal didapati tersepit di bawah jengkaut tersebut dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya, hari ini.

Jelasnya, mangsa kemudiannya dikeluarkan anggota bomba dan seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN