fbpx
Muzium Negara - Foto MUZIUM NEGARA

Muzium Negara terima 3,000 pengunjung setiap hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Muzium Negara semakin menjadi tarikan utama masyarakat dengan purata menerima sehingga 3,000 pengunjung setiap hari.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, sambutan luar biasa itu menunjukkan usaha meremajakan institusi tersebut berada di landasan yang tepat.

“Pelbagai program kreatif, elemen digital serta aktiviti interaktif yang dianjurkan sentiasa menerima maklum balas positif.

“Termasuk program ikonik seperti Bermalam di Muzium Negara dan Nostalgia Anak Kampung yang setiap tahun menjadi tumpuan puluhan ribu pengunjung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aaron berkata, Muzium Negara juga terus melangkah ke hadapan sebagai pusat ilmu susulan transformasi digital yang dipertingkatkan.

Menurut beliau, Muzium Negara turut menjadi pusat kebudayaan yang inklusif serta mesra generasi muda.

“Ini menarik kunjungan masyarakat pelbagai kaum dan mendorong mereka untuk kembali (ke Muzium Negara),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI