Dalam landskap pelancongan yang semakin berkembang, masyarakat hari ini tidak lagi mencari destinasi dengan pemandangan indah semata-mata. Mereka mahukan pengalaman yang meninggalkan kesan, mencabar keberanian dan membuka sudut pandang baharu terhadap alam. Atas sebab itu, tarikan berasaskan pengalaman semakin mendapat tempat, termasuk sebuah destinasi unik yang kini menjadi tarikan terbaharu di Pulau Langkawi, Kedah iaitu Eagle’s Nest Skywalk. Terletak di kawasan Gunung Mat Cincang, destinasi itu menawarkan pengalaman melihat keindahan Langkawi dari sudut luar biasa. Monumen itu berdiri megah di……














