fbpx
CITY gagal melunaskan misi mengejar kedudukan pendahulu EPL apabila berdepan kekalahan menentang Newcastle awal pagi semalam. - AFP

EPL: Man. City masih belum panik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEWCASTLE – Manchester City gagal dalam misi memberikan tekanan ke atas pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal apabila tewas 1-2 menentang Newcastle United di St. James Park awal pagi semalam.

City turun pada perlawanan itu ketinggalan empat mata di belakang Arsenal dan memerlukan kemenangan untuk merapaktkan jurang, namun dua gol dalam tempoh enam minit oleh Harvey Barnes bermula minit ke-64 meranapkan impian mereka ketika Ruben Dias meledak gol saguhati.

Bagaimanapun, pengendali City, Pep Guardiola mengakui bahawa beliau belum berasa panik dengan kekalahan tersebut sambil menyifatkan perjalanan musim ini masih lagi panjang biarpun menyamai pencapaian musim 2013/14 apabila tewas empat aksi dalam 12 perlawanan awal musim.

“Kami sudah memberikan segala-galanya. Kami mahu melangkah seperti yang dilakukan sejak dua bulan lalu, tetapi ia bukan mudah terutama ketika ia menjadi perlawanan pertama selepas aksi antarabangsa.

“Ia menjadi perlawanan yang sengit, kedua-dua pasukan memiliki peluang. (Gianluigi) Donnarumma sangat luar biasa. Kami terlepas beberapa peluang dan pada babak kedua kami bolos dua kali.

“Peluang yang ada sangat seimbang, tetapi kami gagal mendapat keputusan yang diinginkan. Namun, perjalanan ini masih panjang dan banyak lagi perlawanan yang perlu dihadapi,” katanya.

Penggempur utama City, Erling Haaland memiliki dua peluang terbaik meledak gol, namun gagal disempurnakan menyebabkan rakan sepasukannya, Matheus Nunes mengakui ia merupakan punca mereka tewas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI