fbpx
Tangkap layar video memaparkan keadaan banjir di Hatyai yang dikongsikan pengguna media sosial.

‘Sesiapa terkandas di hotel sekitar Hatyai boleh hubungi kami’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Beberapa rakyat Malaysia dan warga tempatan Thailand tampil menghulurkan bantuan buat mereka yang masih terperangkap di bandar Hatyai susulan banjir kilat yang berlaku sejak kelmarin.

Menerusi perkongsian di Threads, seorang pengguna dikenali sebagai Makhonthastreetfood memaklumkan dia bersama pasukannya akan berlepas dari Bangkok ke Hatyai hari ini dan berhasrat membantu mereka yang terjejas.

“Insya-Allah sesiapa yang terkandas di hotel atau mana-mana kawasan sekitar Hatyai boleh WhatsApp (0199834093). Kami akan bantu hantarkan makanan, susu atau apa sahaja keperluan,” tulisnya.

Individu itu menambah, setibanya di Hatyai, pihaknya akan merancang cara terbaik untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Di ruangan komen, beberapa penduduk tempatan turut memaklumkan mereka bersedia bergerak ke kawasan terjejas sekiranya paras banjir mulai surut dan selamat untuk dimasuki bagi menghantar makanan serta keperluan kepada mereka yang masih terperangkap di kebanyakan hotel sekitar Hatyai.

“Saya ada beli susu dan beberapa bentuk makanan, kalau laluan selamat, kami akan bantu mereka yang terjejas,” kata Henciey. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI