fbpx
Orang ramai yang berkunjung ke Pantai Chenang, Langkawi pada semalam. - Foto oleh NUR AMALINA AZMAN/KOSMO!

Ubat antibisa ubur-ubur patut ada di hospital Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Kerajaan negeri menyarankan agar pihak terlibat memasang papan tanda amaran berkaitan ubur-ubur di semua pantai tumpuan pengunjung di Langkawi ekoran kematian seorang kanak-kanak akibat sengatan ubur-ubur kotak.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan negeri, Datuk Mohd. Salleh Saidin berkata, bukan sekadar amaran papan tanda tersebut juga seharusnya dilengkapi maklumat berkaitan tindakan kecemasan sekiranya berlaku insiden sengatan itu.

“Perkara ini turut dibincangkan dalam Mesyuarat Exco semalam yang menyarankan agar tindakan segera diambil oleh pihak berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Perikanan untuk mengelak insiden seumpama ini berlaku.

“Papan tanda amaran seumpama ini harus segera diletakkan di kawasan pantai terutama yang menjadi tumpuan orang ramai,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada masa sama, kata beliau, pihaknya turut berbincang dengan Exco Kesihatan berkaitan keperluan supaya antibisa untuk rawatan bagi mangsa yang terkena sengatan ubur-ubur tersebut disediakan di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.

“Mungkin ada keperluan supaya vaksin tersebut disediakan di hospital berkenaan kerana saya dimaklumkan ketika kejadian vaksin perlu dibawa dari Pulau Pinang,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan percutian sebuah keluarga warga Russia berakhir tragis apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, Vladimir Iakubanets meninggal dunia selepas disengat ubur-ubur, Sabtu lepas. Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah pada pukul 9.46 pagi kelmarin setelah menerima rawatan sejak 16 November lepas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI