fbpx
Gambar Rusnah dan Rosni ketika menunaikan haji yang tular media sosial.

‘Seronoknya dari rahim bersama, tunai haji pun bersama’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sepasang wanita warga emas yang dipercayai kembar seiras mencuri perhatian ramai selepas gambar mereka ketika berada di Tanah Suci tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Menerusi satu hantaran dalam kumpulan Facebook Jemaah Haji Malaysia, seorang pengguna dikenali sebagai Rosita A. Bakar berkongsi gambar dua wanita terbabit yang dikatakan ditemui ketika mengambil makanan di Rehab Aljanaria Hotel.

“Terjumpa kembar seiras mengambil makanan di Rehab Aljanaria Hotel… seiras sungguh.

“Semoga dua kembar ini dapat menunaikan haji bersama. Puan Rusnah dan Puan Rosni dari Tanjung Kling, Melaka. Masya-Allah,” tulisnya.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai dengan lebih 39,000 tanda suka dan ratusan komen daripada netizen yang kagum melihat wajah kedua-dua jemaah itu yang hampir sama.

Rata-rata pengguna media sosial turut mendoakan agar pasangan kembar berkenaan dikurniakan kesihatan yang baik serta memperoleh haji mabrur.

Seorang pengguna Facebook, Aida Adilah Alaudin turut meninggalkan komen memohon doa buat ibunya dan saudara kembarnya itu.

“Alhamdulillah. Mohon doakan mak saya dan kembar agar sentiasa berada dalam lindungan serta rahmat Allah, dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan ibadah, dan dianugerahkan haji yang mabrur serta pulang dengan selamat,” katanya.

“Seronoknya, dari rahim bersama, pergi haji pun sama-sama, Masya-Allah,” komen pengguna media sosial lain.

Ada juga netizen yang menyifatkan pasangan warga emas itu bukan sahaja seiras, malah memiliki nama yang hampir sama sehingga menambahkan lagi perhatian ramai terhadap kisah mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN