fbpx
SANCHO

EPL: Hasrat Sancho di Villa tidak kesampaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Hasrat Jadon Sancho untuk memeterai kontrak tetap bersama pasukan pinjamannya, Aston Villa mungkin tidak kesampaian dan perlu terus mencari destinasi baharu menjelang jendela perpindahan Januari ini.

Pasukan kejurulatihan Villa sebelum ini didakwa kurang senang dengan sikap Sancho yang dianggap sebagai pemain malas dan tidak mampu meningkatkan tahap prestasi menyebabkan tempoh pinjamannya mungkin dipendekkan.

Sancho tidak mungkin akan kembali ke kelab lamanya, Manchester United apabila dia sudah dianggap sebagai pemain buangan menyebabkan ejennya perlu mencari destinasi baharu bagi memulihkan semula kariernya.

Menurut sumber, Sancho dan ejennya kelihatan berada di Istanbul pada cuti rehat antarabangsa ketika ini dan dipercayai untuk memulakan rundingan dengan tiga kelab dari Turkiye.

Galatasaray dan Fenerbahce merupakan dua gergasi yang dikatakan sedang bersaing untuk mendapatkan khidmat Sancho, namun belum dapat dipastikan urusan itu berkaitan perpindahan tetap atau sekadar pinjaman.

Ketika ini, Sancho sukar untuk mendapatkan kelab baharu kerana jumlah gajinya yang terlalu tinggi diminta biarpun nilai semasanya adalah sekitar £13 juta (RM71.14 juta) dan United sedia memberikan diskaun dan melepaskannya pada nilai £8 juta (RM43.77 juta) sahaja. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN