fbpx
Tangkap layar hantaran memaparkan duit bernilai RM70.50 yang digali penghantar makanan untuk mengambil pembayaran tunai pembelian atas talian.

Penghantar barang gali tanah, ambil duit COD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang penghantar barang terpaksa menggali tanah di halaman rumah pelanggan untuk mengambil tunai atau cash on delivery (COD) untuk barang yang dihantarnya.

Menerusi hantaran pengguna Threads, penghantar barang itu berkongsi gambar tunai bernilai RM70.50 yang dijumpai selepas menggali tanah.

“Betul sudah tinggalkan duit (COD) tapj itulah, kena korek (gali) tanah pula. Macam-macam ragam (pelanggan),” ujarnya.

Difahamkan, tindakan tersebut merupakan kali pertama sebagai penghantar makanan menerima pembayaran tunai yang perlu digali sendiri.

Menjengah ke ruang komen, ramai turut berkongsi pengalaman yang hampir sama untuk membayar tunai kepada penghantar barang.

“Saya pun pernah buat tapi saya letak duit dalam plastik, tanam dalam pasu bunga,” komen @Dnownaaqt_

“Mungkin pelanggan itu takut pencuri atau penghantar barang lain yang ambil duit itu,” komen @Byelaisha

“Dulu saya jadi penghantar barang, ada pelanggan pesan duit (COD) ada dalam kasut sukan. Bila saya sampai, bersusun kasut sukan dia atas rak,” komen @Choco_.pie21 –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI