fbpx
JAIS

JAIS perlu maklum kes jenayah kepada polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah berhubung dengan Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed untuk membantu dalam siasatan kes melibatkan Iki Putra Mubarak yang dituduh dengan kesalahan cubaan melakukan persetubuhan luar tabii di bawah Kanun Tatacara Jenayah.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, kerjasama dengan pihak polis itu tidak terhad untuk kes tersebut semata-mata tetapi turut merangkumi dalam kes jenayah lain.

Katanya, ini bagi memastikan orang Islam serta bukan Islam yang melakukan kesalahan tidak terlepas daripada undang-undang syariah mahupun sivil.

“MAIS menghormati bahawa ada senarai jenayah di bawah Senarai Persekutuan (Federal List) tetapi ada juga jenayah-jenayah yang berbentuk akidah, kesucian Islam dan sebagainya tidak ada dalam senarai tadi, bidang itu pihak negeri akan melaksanakan di bawah Undang-Undang Syariah.

“Sebagai contoh adalah seperti kesalahan akidah, tidak mempercayai hukum Islam yang sebenar dan juga perkara-perkara yang berlainan daripada akidah umat Islam,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Kempen Prihatin Buah Pinggang Kita Semua di sini hari ini.

Sehubungan itu, Abdul Aziz menambah, pihaknya telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk memaklumkan secara rasmi kepada pihak polis mengenai apa saja kejadian jenayah yang berlaku di bawah Mahkamah Syariah.

Sementara itu, Arjunaidi ketika dihubungi mengesahkan telah berbincang dengan pihak MAIS.

“Kita masih dalam proses tindakan lanjut,” jelasnya.

Pada 25 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan sebulat suara membenarkan cabaran undang-undang seorang lelaki, Iki Putra Mubarak terhadap Seksyen 28 EJSS Selangor 1995 dan sekaligus mengenepikan undang-undang Syariah Selangor yang menetapkan seks di luar tabii sebagai jenayah.

Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan panel sembilan hakim dipetik berkata, kuasa utama untuk meluluskan undang-undang jenayah terletak pada Parlimen.

Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memperuntukkan seks luar tabii boleh dihukum adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum ini, Iki Putra didakwa di Mahkamah Syariah pada 21 Ogos 2019 atas kesalahan meliwat yang dilakukannya di Bangi, Selangor. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN