fbpx
Fauzah menunjukkan gambar Muhammad Hazmi ketika ditemui di rumah mereka di Taman Seroja, Sungai Petani malam tadi.

‘Ayah rasa tak sedap hati sebelum dapat berita adik lemas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Perasaan tidak sedap hati seorang bapa terhadap anaknya menjadi petanda dia akan kehilangan anak kesayangannya itu yang ditemui mati lemas di Sungai Pelong, Desa Warisan di Setiu, Terengganu semalam.

Menurut Fauzah Othman, 24, bapanya, Othman Abd. Razak, 67, kelihatan resah dan memberitahu dia teringatkan adiknya, Allahyarham Muhammad Hazmi, 19, sebaik pulang menunaikan solat Jumaat.

“Ayah kemudian menerima panggilan telefon sebelum kelihatan sebak dan terduduk. Ayah seterusnya beritahu adik telah meninggal dunia kerana lemas,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seroja di sini malam tadi.

Katanya, ibu bapanya terus bergegas ke Terengganu untuk menuntut jenazah adiknya yang merupakan pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato’ Razali Ismail di Batu Rakit, Kuala Nerus, Terengganu.

Menurutnya, Muhammad Hazmi merupakan kembar kepada seorang lagi adiknya, Muhammad Hazim yang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Terdahulu Kosmo! Online melaporkan kegembiraan lima sahabat yang juga pelajar IPG Kampus Dato’ Razali Ismail berkelah bertukar tragedi apabila dua daripada mereka maut akibat lemas di Desa Warisan, Pelong, Terengganu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI