fbpx
ENGLAND mengharungi tujuh aksi kelayakan dengan rekod kemenangan bersih tanpa bolos termasuk ketika menewaskan Serbia awal pagi semalam. - AFP

WCQ: Rekod bersih England kekal utuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus England, Thomas Tuchel menghamburkan pujian kepada pemain gantian kerana berjaya mencipta impak besar ketika bantu pasukan menang 2-0 ke atas Serbia, awal pagi semalam.

Tiga mata kali ini menyaksikan The Three Lions masih mengekalkan rekod bersih dalam tujuh perlawanan Kumpulan K malah kekal tanpa bolos dan menghasilkan 20 gol.

Tuchel menjelaskan apa yang diharungi pada perlawanan ini membuktikan dia tidak hanya membina kesebelasan terbaik sebaliknya mahu memastikan naib juara Euro 2024 itu menjadi pasukan yang lebih kukuh secara menyeluruh.

“Ini adalah sifat semula jadi perlawanan. Kami tidak hanya membina 11 pemain, tetapi kami sebenarnya membina pasukan.

“Mereka adalah pemain bintang bagi kelab masing-masing dan mereka sudah terbiasa bermain dan merasai kekecewaan. Mereka menerima idea ini untuk membina pauskan dan inilah yang kami mahukan.

“Tiada jalan lain untuk mengatasi kesukaran, hanya skuad yang kuat mampu melupakan seketika ego dan kekecewaan. Pastinya ini akan menghadirkan kesukaran buat jurulatih memilih yang terbaik untuk hadapi perlawanan akan datang,” katanya.

Terdahulu, Bukayo Saka terlebih dulu meletakkan England di depan sebelum Eberechi Eze menggandakan kelebihan di hujung permain.

Jude Bellingham dan Phil Foden yang masuk sebagai pemain gantian nyata menghadirkan impak buat pasukan ketika kedua-duanya terbabit dalam jaringan kedua disempurnakan Eze. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN