fbpx
TERTUDUH, Mohd. Zulkhairi diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka, hari ini. Foto oleh AMRAN ALI/ KOSMO!

Jurugambar sambilan nafi ‘pegang’ kanak-kanak dekat lif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang jurugambar sambilan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Melaka di Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan di lif sebuah apartment di Pokok Mangga, bulan lalu.

Tertuduh, Mohd. Zulkhairi Zakaria, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 1 petang di sebuah apartment di Jalan Pokok Mangga, dalam daerah Melaka Tengah pada 31 Oktober 2025.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ehsan Nasarudin mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 dikenakan selain syarat tambahan tidak mengganggu mangsa, melapor diri setiap dua minggu di balai polis berhampiran dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Peguam Mohd. Farid Abdul Aziz yang mewakili tertuduh bagaimanapun merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan anak guamnya cuma bekerja sebagai jurugambar sambilan dan keluarganya hanya mampu menyediakan wang jaminan sekitar RM8,000 hingga RM10,000.

Beliau turut memaklumkan abang tertuduh merupakan kakitangan bank dan kedua-duanya menjaga ibu mereka berusia 76 tahun.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin, selain bersetuju dengan syarat tambahan dipohon pihak pendakwaan. Sebutan semula kes dan serahan dokumen ditetapkan pada 17 Disember ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI