SAYA berkesempatan berkunjung dan memancing di salah satu sangkar ikan yang terletak berhampiran Pulau Jerejak, Pulau Pinang. Kawasan selat yang terlindung ini amat sesuai untuk dibina sangkar ikan terapung. Kami bertiga bertolak petang dari Jeti Sungai Gelugor yang terletak bersebelahan dengan Jambatan Pulau Pinang, dan mengambil masa 20 minit untuk sampai ke sangkar ikan tersebut. Kami merancang untuk memancing semalaman sahaja, dan keesokan paginya kami akan balik semula ke Pulau Pinang. Ketika trip ini, baru tiga hari selepas air besar,……














