fbpx
LAPORAN daripada Capital de Noticias mendedahkan nenek Machuca iaitu Concepcion Agueda Alaniz memiliki sijil kelahiran dan berasal bandar Roldan, Argentina.

Media Argentina dedah sijil lahir nenek Machuca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Media di Argentina sekali lagi melakukan ‘serangan’ dan menggegarkan arena bola sepak di Malaysia apabila tampil mendedahkan nenek kepada Imanol Machuca, Concepcion Agueda Alaniz dilahirkan di Roldan, Argentina.

Menerusi laporan Capital de Noticias, Agueda Alaniz memiliki sijil kelahiran dan berasal bandar Roldan, wilayah Santa Fe, Argentina, bukannya di Pulau Pinang seperti yang didakwa sebelum ini.

“Menurut sijil kelahiran yang didaftarkan di wilayah Santa Fe, nenek kepada pemain Velez Sarsfield itu dilahirkan di Roldan,” menurut laporan berkenaan.

Ada kemungkinan nenek Machuca berkahwin dengan warganegara Malaysia namun sijil perkahwinan Agueda Alaniz yang direkodkan menunjukkan sebaliknya dan tidak mengukuhkan dakwaan wujud hubungkait dengan Malaysia.

“Pada 27 Ogos 1971, Concepción Agueda Alaniz berkahwin dengan Jorge Luis Saracho, seorang buruh harian yang juga dilahirkan di Roldan. Akhirnya, tiada dokumen yang menghubungkan Machuca dengan Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, Jawatankuasa Rayuan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengekalkan hukuman penggantungan 12 bulan ke atas tujuh pemain warisan negara dan denda ke atas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) seperti yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA.

Selain digantung 12 bulan, Machuca bersama enam lagi pemain iaitu Rodrigo Holgado, Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano turut dikenakan denda 2,000 franc Swiss (RM10,900) manakala FAM diperintah membayar denda keseluruhan 350,000 franc Swiss (RM1.9 juta).

Bagaimanapun, FAM dilaporkan berhasrat untuk membawa isu ke peringkat Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN