“ALHAMDULILLAH, perasaan saya ketika itu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. “Saya sangat bersyukur, terharu serta tidak menyangka segala pengorbanan dan latihan dilalui selama ini, akhirnya berjaya membuahkan hasil. “Saat nama saya diumumkan sebagai pemenang, perkara pertama terlintas di fikiran adalah wajah ibu bapa, para guru, jurulatih dan semua individu yang sentiasa mendoakan serta menyokong perjalanan saya selama ini.” Itulah mukadimah gadis genit, Aiena Batrisyia Sulaiman kepada K-Kampus tatkala mengimbas kejayaannya dinobatkan sebagai Juara Kategori Alam Melayu dalam Pidato Antarabangsa Bahasa……














