fbpx
TANGKAP layar klip video disiarkan hari ini menunjukkan beberapa buah kereta ditenggelami banjir dibawa Taufan Kalmaegi di Bandar Cebu. – AFP 

PM ucap takziah kepada rakyat Filipina terjejas Taufan Kalmaegi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita atas kehilangan nyawa dan kemusnahan besar disebabkan Taufan Kalmaegi di Filipina.

Anwar berkata, berita mengenai banjir besar, tanah runtuh serta kemusnahan rumah dan infrastruktur yang berlaku disebabkan Taufan Kalmaegi amat menyayat hati.

“Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah sedalam-dalamnya kepada keluarga mangsa dan kepada semua yang terjejas akibat tragedi ini.

“Fikiran dan doa kami bersama rakyat Filipina ketika mereka memulakan usaha membina semula komuniti mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media hari ini melaporkan, Taufan Kalmaegi mengorbankan sekurang-kurangnya 140 nyawa, manakala 127 lagi dilaporkan hilang selepas banjir besar memusnahkan kawasan di tengah Filipina.

Pejabat Pertahanan Awam Kebangsaan Filipina mengesahkan 114 kematian dilaporkan, namun angka itu tidak termasuk tambahan 28 kes kematian yang direkodkan oleh pihak berkuasa wilayah Cebu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI