fbpx
Zambry ketika sidang akhbar selepas sesi walkabout sempena Festival Idea Putrajaya di PICC Putrajaya hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

Banjir: KPT buat persiapan awal, benarkan universiti laksana kelas ‘online’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah melakukan persiapan awal bagi menghadapi bencana banjir termasuk memberi kelonggaran melaksanakan pembelajaran secara dalam talian.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pihaknya sentiasa memberi ruang kepada pihak universiti yang terjejas banjir untuk melaksanakan pengajian mengikut kesesuaian.

“Kita sentiasa memberi peringatan dan membuat persiapan di peringkat awal terutama di negeri-negeri yang sering terlibat dengan bencana banjir seperti di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak.
“Ini kerana angin monsun di hujung tahun biasanya membawa risiko banjir. Biasanya di peringkat universiti pun kita membuat persiapan awal,” katanya ketika ditemui selepas meninjau persiapan penganjuran Festival Idea Putrajaya (Putrajaya FOI) 2025 di sini, hari ini.

Katanya, prosedur operasi standard (SOP) sedia ada membenarkan kelas dalam talian boleh dilaksanakan jika bencana banjir melanda.

Zambry berkata, pihak universiti dibenarkan berbuat demikian dan menyerahkan pelaksanaannya mengikut kebijaksanaan serta keperluan universiti masing-masing.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI