fbpx
Jalan Persekutuan FT 147 yang menghubungkan Selama dan Bagan Serai ditutup kepada kenderaan ringan berikutan peningkatan paras air di laluan itu. - Foto WAT KAMAL ABAS

2,888 penduduk masih berlindung di 29 PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Mangsa banjir di Perak kekal tinggi apabila seramai 2,888 penduduk melibatkan 971 buah keluarga masih berlindung di 29 buah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 pagi tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, kesemua mangsa banjir itu melibatkan penduduk dari lima buah daerah dengan Larut, Matang dan Selama merekodkan 1,872 mangsa (640 keluarga).

“Kesemua mereka berlindung di 19 buah PPS, manakala Manjung pula mempunyai 607 orang mangsa (202 keluarga) dengan mereka kini berada di lima buah PPS. “Ia diikuti daerah Kerian yang mempunyai 278 orang mangsa daripada 93 buah keluarga yang berlindung di tiga PPS, sementara di Perak Tengah mempunyai 110 mangsa (31 keluarga) dan mereka ditempatkan di sebuah PPS di sana,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap itu berkata, daerah Hilir Perak pula merekodkan 21 orang mangsa daripada empat buah keluarga dan mereka berlindung di sebuah PPS.

Katanya, PPS Sekolah Kebangsaan Simpang di Larut, Matang dan Selama kekal sebagai PPS dengan jumlah penduduk paling ramai iaitu 324 individu.

“Kesemua mereka berasal dari Taman Jelapang Jaya, Taman Simpang Makmur, Kg. Sungai Batu Teguh, Taman Simpang dan Kg. Baru Simpang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI