fbpx
LORI yang membawa muatan PVC yang terbabas menyebabkan seorang penumpangnya maut di KM 373.9 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan, Tanjung Malim malam semalam. - FOTO MEDIA SOSIAL

Penumpang lori tercampak keluar maut di Tanjung Malim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANJUNG MALIM – Seorang penumpang lori membawa muatan paip PVC maut apabila tercampak dari kenderaan yang dinaikinya itu dalam nahas di Kilometer (KM) 373.9 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, mangsa dikenali Selvan Muniapan berumur 46 tahun dengan alamat terakhir di Klang, Selangor.

“Kemalangan berlaku kira-kira jam 8.10 malam apabila pemandu lori berkenaan hilang kawalan semasa dalam perjalanan dari Ipoh menuju ke Kuala Lumpur sebelum melanggar besi pembahagi jalan dan terbabas di lorong tengah lebuh raya.

“Akibat pelanggaran itu, muatan lori berupa paip PVC terpelanting ke laluan bertentangan sebelum terkena dua penunggang motosikal yang melalui jalan tersebut dari arah Behrang ke Trolak,” katanya di sini hari ini.

Katanya, kemalangan itu menyebabkan penumpang hadapan kiri lori tercampak keluar dari kenderaan sebelum disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Hospital Slim Riverdi lokasi kejadian.

“Pemandu lori dan seorang lagi penumpang mengalami kecederaan ringan sementara dua penunggang motosikal masing-masing berumur 37 dan 20 tahun mengalami patah bahu serta cedera di bahagian kaki dan tangan.

“Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI