fbpx
Animator grafik bekerja di pejabat syarikat penyiaran SBS di Seoul pada 22 Mei lalu. - AFP

Presiden Korea kurangkan waktu bekerja, minta rakyat tambah anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEOUL – Presiden Lee Jae-myung mengumumkan pelan radikal untuk meningkatkan kadar kelahiran di Korea Selatan dengan mengurangkan waktu bekerja dalam seminggu, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Cadangan tersebut memerlukan kakitangan untuk  bekerja empat setengah hari dalam seminggu bagi membolehkan mereka mempunyai lebih  masa untuk kehidupan peribadi khususnya hubungan intim.

Menurut akhbar  Frankfurter Allgemeine Zeitung (FAZ),  cadangan Jae-myung adalah berdasarkan kajian Institut Penyelidikan Gyeonggi yang mendapati waktu bekerja panjang menjadi penghalang terbesar kepada golongan muda Korea Selatan untuk membina keluarga.

Walaupun minggu bekerja rasmi adalah 40 jam, pekerja kerap bekerja lebih lama.

Dengan bekerja lebih masa sehingga menjangkau 52 jam seminggu, ia membuatkan mereka tidak mempunyai banyak masa untuk percintaan, apatah lagi membesarkan  anak.

Menjelang 2030, Jae-myung merancang untuk mengurangkan minggu bekerja dari 40 jam kepada 36 jam, tanpa pemotongan gaji.

Dalam jangka masa panjang pula, beliau mahu melaksanakan waktu bekerja empat hari dan 32 jam seminggu.

Pasukan petugas khas yang terdiri daripada kesatuan sekerja, kumpulan perniagaan dan pegawai kerajaan akan merangka hala tuju pelan tersebut.

Bagi membantu syarikat membuat peralihan, kerajaan akan menawarkan subsidi dan pelepasan cukai.

Kesatuan-kesatuan sekerja menyokong cadangan itu dengan menyifatkannya sebagai langkah berani tetapi perlu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI