JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia menerima kecaman orang ramai selepas berkongsi di media sosial dia memberikan anaknya yang masih kecil minum kopi segera (instant) dan susu pekat, lapor portal berita Lambe Turah.
Imej dimuat naik di platform Facebook menunjukkan kanak-kanak lelaki itu memegang botol susu berisi air berwarna coklat.
Lebih mengejutkan, wanita itu berkata, anaknya lebih gemar minum kopi berbanding susu formula.
Dia turut memberitahu bahawa anaknya boleh menghabiskan satu paket susu pekat dalam satu hari.
Hantaran itu menjadi tular dan mencetuskan kemarahan orang ramai.
“Menjadi seorang ibu kena ada akal,” kata seorang netizen.
“Tidak mengapa, yang penting itu bukan anak saya,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














