fbpx
Zainizan diiringi polis kelihatan susut berat badan selepas prosiding kes bunuh Suri di Mahkamah Majistret Rembau hari ini. FOTO/NOR AINNA HAMZAH

Lelaki dituduh bunuh Suri semakin kurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Lelaki yang sebelum ini dituduh membunuh Suri Narudin, 53, kelihatan susut berat badannya selepas dilihat semasa prosiding sebut semula kes di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Difahamkan, berat badan tertuduh, Zainizan Zainal, 52, itu sebelum ini mencecah 79 kilogram (kg), namun kini hanya kira-kira 54 kg iaitu susut sebanyak 25 kg.

Dalam prosiding hari ini, Mahkamah Majistret menetapkan 24 Jun depan untuk sebutan semula kes bunuh Suri, yang mana, mayat wanita berkenaan ditemukan ditanam di belakang sebuah rumah di Pedas, di sini, Disember lalu.

Tarikh berkenaan ditetapkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali selepas mendengar permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Fidha Misjedi.

Terdahulu, Fidha memaklumkan laporan penuh toksikologi kes berkenaan sudah diterima, manakala, laporan bedah siasat belum diperoleh untuk diserahkan pada prosiding hari ini.

Lelaki itu kali pertama dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tampin pada 26 Disember tahun lalu atas pertuduhan membunuh Suri.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN