KOTA BHARU – Penyanyi yang terkenal dengan lagu-lagu dialek Kelantan, Eda Ezrin selamat melahirkan anak ketiganya di sebuah hospital swasta di sini hari ini.
Khabar gembira itu dikongsikan oleh Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail menerusi satu hantaran status yang dimuat naik di Instagram miliknya.
“Alhamdulillah selamat bersalin anak perempuan, berat 2.75 kilogram,” tulisnya.
Media sebelum ini melaporkan, Eda Ezrin yakin single terbaharunya, Adik Saye Abe Sore bersama Den Manjo mampu mengulangi fenomena lagu Bea Sobar Bea atau Cinta Setandang Pisang yang ‘meletup’ sehingga ke Indonesia.
Eda Ezrin berkata, ia mampu direalisasikan dengan sokongan padu diberikan peminat seperti karya Bea Soar Bea sebelum ini. – KOSMO! ONLINE














