fbpx
Keadaan limpahan air di sekitar Klang hari ini. FOTO AFIQ RAZALI/ KOSMO!

Air laut naik paras lutut di Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Fenomena air pasang besar pagi tadi menyebabkan air laut melimpah sehingga paras lutut di sekitar Jalan Syahbandar dan Terminal Penumpang Pulau Ketam di sini.

Paras air mula naik kira-kira pukul 6.25 pagi sebelum memuncak lima minit kemudian hingga ke kawasan Jabatan Laut Malaysia, manakala di Jalan Bagan Hailam hanya mencapai paras buku lali.

Tiada insiden kecederaan dilaporkan dan keadaan kembali surut sekitar pukul 7 pagi.

Peniaga, Mohd. Shahrul Izwan, 40, berkata limpahan kali ini lebih terkawal berbanding tahun lalu sehingga menyebabkan kesesakan di beberapa kawasan sekitar.

“Apapun saya bersyukur kerana cuaca baik. Hal ini membolehkan saya meneruskan perniagaan seperti biasa,” katanya.

Fenomena pasang besar dijangka berlanjutan hingga esok dengan 17 kawasan sekitar Pelabuhan Klang berisiko dinaiki air termasuk Telok Gong, Pandamaran dan Pulau Indah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI