fbpx
Tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Ipoh hari ini.

Juruelektrik tidak mengaku ‘sentuh’ anak saudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seorang juruelektrik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudara perempuannya yang berusia 11 tahun, Ogos lalu.

Tertuduh berusia 47 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Jean Sharmila Jesudason.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada dua anak itu didakwa melakukan amang seksual fizikal bagi maksud seksual terhadap mangsa di sebuah rumah di Bota Kanan dalam daerah Perak Tengah kira-kira pukul 8 pagi pada 31 Ogos 2025. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Arfahanim Azureen Arfanuddin manakala tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Muhammad Farhan Ahmad Fadzil.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan agar melaporkan diri di balai polis setiap awal bulan sehingga kes selesai. Kes disebut semula pada 11 November depan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI