fbpx
RAMAI pendaki terkandas selepas salji tebal melanda rantau pergunungan Everest di China. – AGENSI

Seorang meninggal dunia, ratusan diselamatkan di cerun Everest

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Seorang pendaki meninggal dunia dan ratusan  yang lain diselamatkan selepas salji tebal  tiba-tiba melanda kawasan pergunungan di barat laut dan barat China pada hujung minggu lalu, lapor media pemerintah hari ini.

Lebih 200 pendaki yang terperangkap akibat cuaca buruk berhampiran cerun timur Gunung Everest dijangka beransur-ansur bergerak ke tempat selamat, kata badan penyiaran pemerintah, CCTV lewat semalam.

Peminat kembara berpusu-pusu melawat tempat  indah di China sejak beberapa hari lalu dengan mengambil kesempatan daripada cuti kebangsaan selama lapan hari tetapi ramai  terperangkap oleh cuaca ekstrem di luar jangkaan.

Seorang pendaki di Lembah Harimau, dalam wilayah Qinghai di barat laut China meninggal dunia akibat hipotermia dan penyakit ketinggian, lapor CCTV hari ini.

Lebih 130 pendaki lain diselamatkan di  wilayah sama selepas pihak berkuasa mengerahkan beratus-ratus anggota penyelamat bersama dua dron.

Usaha masih diteruskan untuk mengesan pendaki lain di wilayah itu, tanpa menyatakan bilangan sebenar mereka.

Di Tibet yang bersempadan dengan China, seramai 350 pengembara  yang terperangkap akibat salji tebal di sebuah lembah menuju cerun  timur Gunung Everest telah sampai ke tempat selamat di bandar Qudang, lapor CCTV malam kelmarin.

Hubungan komunikasi juga telah dibuat dengan lebih 200 pendaki lain yang masih berada di lereng Lembah Karma  yang mencapai ketinggian lebih 4,000 meter dari paras laut.

Badan penyiar itu memetik pihak berkuasa tempatan sebagai berkata, semua pengembara dan pendaki dijangka akan sampai ke Qudang secara berperingkat. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI