fbpx
Nevinn Leow bergambar ketika majlis pembukaan rasmi cawangan Shantea Desset di Mid Valley hari ini.

Shantea Dessert buka cawangan pertama di Mid Valley

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penggemar manisan boleh berkunjung ke kompleks beli-belah MidValley Megamall untuk menikmati juadah tersebut di cawangan pertama, Shantea Dessert.

Pengarah Urusan Shantea, Nevinn Leow berkata, premis tersebut menyediakan pelbaga jenis manisan tradisional tempatan yang diberi sentuhan moden.

Katanya, kebanyakan manisan tersebut menggunakan olahan semula bahan-bahan warisan seperti sarang burung, tau fu fah, biji teratai, gum peach, kolagen sisik ikan dan kelapa.

“Oahan moden yang segar menghasilkan pengalaman yang bukan sekadar enak, tetapi juga menyalurkan rasa seimbang dan menyeronokkan.

“Kami ingin orang ramai menikmati pengalaman yang sukar dilupakan dalam setiap suapan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Leow berkata, suasana outlet yang direka sebagai ruang santai moden melengkapkan konsep ini sekali gus menjadikannya lokasi gaya hidup untuk pelanggan yang mencari keseimbangan antara kecantikan, kesihatan, dan budaya.

Antara pilihan yang mencuri perhatian termasuk Mango Coco Mochi Hug, Musang King Coco Cloud dan Coconut Longjing Bird’s Nest

“Sebagai meraikan pembukaan besar ini, Shantea menawarkan minuman sarang burung percuma kepada 100 pelanggan terawal setiap hari bermula hari ini sehingga Sabtu (4 Oktober),”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI