fbpx
MOHD. FARED (kanan) menyaksikan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menyerahkan replika cek sumbangan Bantuan Kasih Johor-Palestin kepada Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali baru-baru ini. Foto IHSAN PEJABAT EXCO

Sumud Flotilla: Masjid, surau seluruh Johor anjur solat hajat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menzahirkan dukacita dan kekesalan di atas penahanan para aktivis dan kekangan kepada konvoi bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, kebimbangan itu dizahirkan apabila rejim Zionis bertindak biadap menyekat pelayaran konvoi GSF yang berada di perairan antarabangsa termasuk menahan secara salah para aktivis kemanusiaan termasuk rakyat Malaysia.

Katanya, justeru itu, MAINJ telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor agar setiap masjid dan surau di Johor mengadakan solat hajat dan doa keselamatan agar usaha murni konvoi Sumud Flotilla ini dikurnia kejayaan.

“MAINJ turut menyokong usaha diplomat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar rakyat Malaysia yang kini ditahan pihak rejim Zionis Israel segera dibebaskan.

“MAINJ mendoakan agar semua usaha bagi penghantaran bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin dipermudahkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Fared berkata, kerajaan Johor telah menzahirkan keprihatinan kepada kesengsaraan dan penderitaan rakyat Palestin melalui Tabung Kasih Johor-Palestin.

Jelasnya, sejumlah RM2.53 juta berjaya dikumpulkan bagi tujuan penghantaran bantuan kemanusiaan yang akan dilaksanakan.

“Semoga Allah memberi perlindungan dan rahmatNya kepada semua pihak yang berusaha membantu perjuangan rakyat Palestin,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI