fbpx
Paparan terkini menunjukkan senarai sukarelawan Malaysia yang terputus hubungan dengan SNCC sebentar tadi.

Sumud Flotilla: SNCC terputus hubungan dengan 10 sukarelawan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG- Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengeluarkan laporan terputus hubungan dengan 10 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ketika pelayaran memasuki zon merah 2 sebentar tadi.

Berdasarkan maklumat terkini pada yang dipaparkan sistem Tracker Untuk Sumud Nusantara pukul 2.30 pagi tadi, terdapat lima buah kapal yang dinaiki para sukarelawan terputus hubungan.

Antara kapal terbabit adalah Alma yang turut dinaiki tiga sukarelawan Malaysia selain Huga, Mikeno, Inana dan Sirius.

Difahamkan, antara sukarelawan lain yang berada dalam kapal tersebut ialah penyanyi Zizi Kirana dan aktivis Muaz Zainal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI