fbpx
SANGRURAM berkahwin dengan Manbhavati yang jauh lebih muda daripadanya. - Foto X/@KarishmaAziz

Lelaki 75 tahun temui ajal sehari selepas kahwini wanita muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Seorang lelaki berusia 75 tahun di India berkahwin dengan wanita yang jauh lebih muda daripadanya selepas setahun hidup bersendirian, lapor laman berita NDTV hari ini.

Namun, lelaki dikenali sebagai Sangruram itu ditemukan meninggal dunia pada waktu pagi, sehari selepas perkahwinannya dengan Manbhavati, 35.

Kejadian itu berlaku di kampung Kuchhmuchh di daerah Jaunpur, negeri Uttar Pradesh. 

Sangruram kehilangan isteri pertamanya setahun lalu dan sejak itu, dia tinggal seorang diri tanpa anak dengan menyara kehidupannya dengan bekerja sebagai petani.

Pada Isnin lalu, dia berkahwin dengan Manbhavati dan mereka menghabiskan waktu malam dengan berbual.

Namun, pada keesokan paginya, kesihatan Sangruram tiba-tiba merosot dan dia dibawa ke hospital sebelum doktor mengesahkan bahawa dia sudah meninggal dunia.

Kematian mengejut itu menimbulkan pelbagai spekulasi di kampung. 

Ada penduduk yang menganggap ia berlaku secara semula jadi, manakala yang lain percaya keadaannya mencurigakan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI