fbpx
Gambar hiasan.

Sumud Flotilla: Berbaki 463 batu nautika sebelum tiba di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Berbaki 463 batu nautika lagi sebelum kapal-kapal misi kemanusiaan, Global Sumud Flotilla (GSF) memasuki perairan Gaza, Palestin.

Perkara itu dimaklumkan GSF menerusi satu hantaran di laman Facebook dan penganjur itu juga berkata konvoi kemanusiaan itu dijangka tiba di Gaza dalam tempoh antara empat hingga tujuh hari lagi.

“Dalam masa dua hari, flotilla ini akan memasuki zon berisiko tinggi, di mana kewaspadaan dan solidariti global amat diperlukan.

“Setiap kemas kini penting. Setiap saksi penting. Teruskan memberi perhatian kepada mereka (sukarelawan) keselamatan mereka bergantung pada dunia yang sedang memerhati,”tulis GSF.

Tambah GSF, orang ramai diseru untuk menyebar luaskan mesej tetang misi kemanusiaan itu supaya lebih ramai yang bersolidariti bersama sukarelawan.

“Sebarkan mesej ini seluas-luasnya.
Sertailah kami. Hentikan Pembunuhan Beramai-ramai. Tumpukan mata anda ke Gaza,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI