fbpx
THIEN MG (kiri) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh bagi menghadapi pertuduhan bunuh manakala rakannya, Win Naing (dua dari kanan) yang dijadikan saksi pendakwaan didakwa di mahkamah sama mengikut Akta Imigresen di sini hari ini.

Pertuduhan kes bunuh lelaki Myanmar ditangguh, masalah bahasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seorang lelaki warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegara dalam kejadian di asrama sebuah tokong di Menglembu, tiga minggu lalu.

Bagaimanapun, pendakwaan ke atas Thien Mg, 31, terpaksa ditangguhkan kerana tertuduh tidak memahami bahasa Melayu atau Inggeris.

Majistret S. Punitha kemudian menetapkan 2 Oktober depan sebagai tarikh lantikan jurubahasa Myanmar bagi membolehkan pertuduhan kes dapat dijalankan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zarris Sofea Zainudin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Zarris Sofea tidak menawarkan jaminan terhadap lelaki itu ekoran tertuduh akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tarikh sebutan semula untuk lantikan jurubahasa adalah pada 2 Oktober depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN