fbpx
Tangkap layar video memaparkan hantaran oleh pengguna Threads, keadaan duit terkoyak separuh yang diterimanya.

Pelanggan beri duit koyak, juruwang kena bayar ganti rugi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang juruwang sebuah kedai terpaksa membayar ganti rugi kepada majikannya apabila menerima duit koyak daripada pelanggan tanpa diperiksa terlebih dulu.

Menerusi perkongsian pengguna Threads, pelanggan terbabit membayar dengan semua duit dalam lipatan kecil, menyebabkannya sukar untuk melakukan pemeriksaan satu persatu wang kertas itu, tambahan pula ketika itu ramai pelanggan.

“Hari ini kena tipu dengan pelanggan yang beri duit lipat-lipat, rupanya duit itu koyak sebelah. Waktu itu, saya tak sempat nak semak semua duit itu sebab ramai pelanggan.

“Saya mengaku cuai dan sudah selesaikan dengan pengurus. Kepada pelanggan, apa yang awak makan dan pesan itu, haram ya sebab bayar duit macam ini,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berpesan kepada juruwang itu untuk berwaspada dalam menerima duit daripada pelanggan dan berkongsi pengalaman yang sama.

“Cashier (juruwang) kena pastikan buka lipatan duit untuk mengelak benda macam ini walaupun tengah sibuk atau pelanggan nak cepat,” komen @imlaikhan

“Sebagai supervisor (pengurus), saya selalu beritahu cashier (juruwang) untuk lebih berhati-hati ketika menerima duit daripada pelanggan. Ambil masa untuk semak duit tapi jangan terlalu lama,” kata Aina.

“Waktu saya kerja di stesen minyak selalu ada pelanggan beri duit palsu dan yang lari selepas isi minyak, nasib dapat boss (pengurus) baik jadi tak pernah ganti duit sendiri,” komen @zt.idris

“Pelanggan ramai macam mana pun, sebagai cashier kita kena semak duit satu-satu juga sebab kalau salah, kita (cashier) yang rugi,” kata Bella.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI