PUTRAJAYA – Kaunter kad pengenalan di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini mula ‘sesak’ seawal pukul 8 pagi tadi apabila orang ramai menyerbu ibu pejabat itu untuk membuat penukaran cip MyKad secara percuma.
Ia susulan pengumuman kerajaan yang menetapkan agihan subsidi bahan api, Budi95 menerusi pengesahan MyKad yang akan mula berkuat kuasa akhir bulan ini.
Tinjauan di Ibu Pejabat JPN Putrajaya mendapati, orang ramai mula beratur bagi mendapatkan tiket giliran seawal pukul 8 pagi dan setakat pukul 9 pagi tadi, sebanyak 100 unit gantian MyKad telah diterima orang ramai.
Rata-rata orang awam yang ditemui membuat pertukaran MyKad kerana cip rosak, patah dan beberapa kerosakan lain. – KOSMO! ONLINE