fbpx
Sin Chew dan Sinar Karangkraf yang masing-masing dikenakan kompaun sebanyak RM100,000 oleh MCMC ada hak untuk membuat rayuan.

Sin Chew, Sinar Karangkraf boleh buat rayuan kompaun RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULAI – Sin Chew Media Corporation Bhd. dan Sinar Karangkraf Sdn. Bhd. yang kompaun masing-masing RM100,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mempunyai hak untuk membuat rayuan.

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata, langkah itu boleh diambil sekiranya dua syarikat penerbitan tersebut merasakan jumlah kompaun yang dikenakan terlalu tinggi.

“Itu adalah keputusan MCMC. Saya rasa kalau mereka (Sin Chew dan Sinar) rasa kompaun itu terlalu berat, mereka boleh buat rayuan.

“Ya, boleh buat rayuan, tetapi saya tidak pasti tempoh rayuan dan sebagainya. Ini perlu disemak dengan MCMC,” katanya selepas melawat Tapak Projek Sinar Harapan Kulai di Gelanggang Taman Impian Senai, di sini malam tadi.

MCMC dalam kenyataannya semalam memaklumkan pihaknya mengenakan kompaun RM100,000 masing-masing terhadap Sin Chew dan Sinar Karangkraf selepas mendapat izin daripada Jabatan Peguam Negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN