fbpx
Fara Sharina meneliti beberapa keping notis kompaun MPKB-BRI yang dikenakan terhadap premisnya ketika ditemui di Kota Bharu hari ini. FOTO ROHANA MOHD. NAWI

Penganjur ‘disko retro’ mahu bertanggungjawab, setuju bayar kompaun RM25,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Pemilik sebuah restoran terapung terkenal di daerah ini, JL Houseboat (JL Fara) menarik nafas lega apabila penganjur majlis bertemakan retro hippie 60-an dan 70-an yang diadakan di premis miliknya pada Jumaat lalu mahu bertanggungjawab selepas menyatakan hasrat untuk membayar kompaun sebanyak RM25,000.

Fara Sharina Zamari, 37, berkata, dia bersama penganjur majlis itu akan mengadakan perbincangan sekali lagi dengan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pada Ahad ini untuk memohon pengurangan tawaran kompaun yang dikenakan terhadap premisnya.

Katanya, penganjur majlis yang merupakan seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an sudah menyatakan persetujuan untuk menjelaskan kompaun tersebut.

“Jika tidak boleh kurang, pihak penganjur tetap perlu membayar kompaun tersebut. Salah tetap salah dan semua pihak yang terlibat termasuk JL Fara akur dengan tindakan MPKB-BRI.

“Sejujurnya, saya tidak bertanggungjawab dengan kesalahan tersebut kerana pihak penganjur memaklumkan mereka mengadakan majlis sambutan ulang tahun kelahiran anak sebelum sewaan premis dijalankan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Fara Sharina memberitahu, dia terkejut apabila pihak MPKB-BRI menyerbu premisnya secara mengejut semalam sebelum mengeluarkan notis kompaun dan bayaran perlu dijelaskan dalam tempoh tujuh hari.

Menurutnya, dia juga terkilan kerana ada pihak yang menuduh JL Fara menjual tiket bagi majlis bertemakan disko.

“Saya tiada kaitan langsung dengan majlis itu. Sebagai pemilik JL Fara, saya hanya memberi sewa dewan dan menyediakan makanan dengan bayaran kira-kira RM700. Bagi saya, sewaan yang ditetapkan kepada penganjur itu tidak mahal dan saya tidak tahu ada acara berjoget-joget di dalam majlis itu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN