fbpx
FERNANDES dianggap tidak sesuai dengan sistem baharu yang sedang dibina oleh Amorim dan United disaran untuk menjual khidmatnya. - AFP

EPL: Man. United kena jual Fernandes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Bekas pemain Manchester United, Paul Parker menggesa kelab itu untuk melepaskan khidmat ketua pasukan mereka, Bruno Fernandes pada jendela perpindahan musim sejuk nanti.

Fernandes kuat dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Arab Saudi pada musim panas lalu, namun membuat keputusan untuk terus kekal di Old Trafford, namun United dilaporkan sedia melepaskannya jika menerima tawaran lebih £100 juta (RM571.34 juta).

Menurut Parker, pemain itu tidak sesuai dengan sistem yang sedang dibina oleh pengurus pasukan, Ruben Amorim sambil mengakui teruja untuk menyaksikan United membawa masuk pemain tengah Brighton, Carlos Baleba.

“Saya fikir Bruno dalam pasukan ini seperti satu objek yang bersegi empat, tetapi cuba untuk masuk dalam lubang yang bulat. Ia adalah masalah yang besar.

“Ramai yang melayan Bruno seperti seorang penyelamat, tetapi situasi itu tidak berlaku. Adakah United berjaya mendapatkan apa yang diingini ketika menurunkan Bruno? Saya fikir tidak.

“Kobbie Mainoo adalah masa depan United. Pasukan itu memerlukan pemain yang dominan di bahagian tengah dan saya lebih gemar untuk melihat Mainoo dan Carlos Baleba beraksi bersama, mereka adalah pemain yang baik,” katanya.

Parker menggesa United untuk tidak melepaskan peluang mendapatkan Baleba yang dianggap sebagai pemain yang mampu menyelesaikan isu besar di United apabila bahagian tengah mereka gagal berfungsi dengan baik.

“Dia pemain yang boleh membantu pertahanan dan bahagian serangan dengan kawalan bola yang baik. Dia juga merupakan pemain yang bijak, jadi United tidak boleh melepaskan peluang mendapatkannya,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN