fbpx
SLOT terpaksa meninggalkan Anfield selepas hanya dua musim apabila dipecat ekoran prestasi hambar pasukan itu musim ini. - AFP

EPL: Gerrard beri restu jika Liverpool setuju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Nama bekas pengurus Bournemouth, Andoni Iraola terus disebut-sebut sebagai calon utama bagi mengemudi Liverpool selepas The Reds mengambil keputusan untuk memecat Arne Slot.

Iraola yang membawa The Cherries ke pentas Liga Europa musim depan boleh diibaratkan seperti ‘pisang goreng panas’ apabila pasukan-pasukan gergasi Eropah mula mengintai peluang bagi mendapatkan khidmatnya.

Legenda Liverpool, Steven Gerrard mengakui beliau akan memberikan sokongan penuh kepada Iraola sekiranya The Reds mengambil keputusan untuk melantiknya sebagai pengurus berdasarkan kredibiliti dimiliki.

“Jika dilihat kepada potensi, memang beliau (Iraola) merupakan calon tepat untuk mengambil alih posisi tersebut. Beliau sudah melakukan tugas yang sangat hebat bersama Bournemouth dan corak permainannya sesuai dengan Liverpool.

“Tugas mengendalikan Liverpool memang sentiasa menjadi tarikan kepada semua jurulatih di seluruh dunia. Saya yakin bukan nama Iraola sahaja yang berada dalam radar pihak pengurusan Liverpool,” katanya.

Selain Iraola, beberapa nama lain turut dikaitkan dengan kerusi panas tersebut, termasuk jurulatih Stuttgart, Sebastian Hoeness serta pengendali RC Lens, Pierre Sage.

Sementara itu, Gerrard turut menyuarakan rasa terkilan dengan keputusan The Reds untuk melepaskan Slot kerana menganggap jurulatih dari Belanda itu sudah melakukan tugas cukup baik ketika mengemudi Liverpool memenangi liga musim lalu.

“Sudah tentu saya kecewa dan simpati dengan Arne Slot kerana dia melakukan tugas yang sangat baik pada musim pertama. Beliau menggalas misi cukup berat menggantikan Jurgen Klopp,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN