fbpx
Gambar hiasan

Cuti sekolah: Hujan tertumpu di Sabah, Sarawak berbanding Semenanjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Cuaca hujan diramalkan tertumpu di Sabah dan Sarawak berbanding di negeri-negeri Semenanjung.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Dr. Mohd Hisham Mohd Anip berkata, bagaimanapun banjir kilat juga boleh berlaku dalam keadaan cuaca ketika ini.

“Banjir kilat boleh berlaku dalam keadaan seperti ini terutama di kawasan-kawasan bandar,” katanya ringkas kepada Kosmo! hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung jangkaan perubahan cuaca termasuk sama ada berlaku banjir di negeri-negeri tumpuan orang ramai, khususnya ketika cuti sekolah pada masa ini.

Semalam MetMalaysia mengeluarkan ramalan cuaca signifikan yang mana analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan penumpuan angin dijangka berlanjutan di barat Sabah, Labuan serta tengah dan utara Sarawak sehingga Selasa ini.

Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dalam masa jangka lebih panjang di kawasan berkenaan dalam tempoh tersebut.

Orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my serta media sosial rasmi MetMalaysia selain memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI