fbpx
GAMBAR HIASAN

Ibu tunggal diperdaya ‘bomoh’ serah video, gambar tanpa seurat benang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ROMPIN – Gara-gara percaya dirinya terkena ‘buatan orang’, seorang ibu tunggal bukan sahaja mengalami kerugian sebanyak RM103,000 malah turut menyerahkan video seks dan gambar bogel kepada seorang lelaki menyamar bomoh bagi melakukan rawatan mistik.

Mangsa berumur 51 tahun dan bekerja sendiri sebagai tukang jahit itu turut menjual empat utas gelang tangan emas bernilai RM71,350 bagi tujuan perubatan.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, kejadian bermula 1 September lalu selepas mangsa yang mempunyai tiga anak berkenalan dengan seorang lelaki di aplikasi Omi dan telah berhubung melalui Telegram.

“Lelaki tersebut mengatakan mangsa telah terkena buatan orang dan akan membantu merawat pengadu serta meminta mangsa untuk menggenggam sebiji telur dan garam.

“Barang tersebut perlu diletakkan dalam bilik dan mangsa berasa seperti telah dipukau seterusnya telah menunjukkan barang-barang emas miliknya,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya pada 3 September lalu mangsa telah menjual empat utas gelang tangan emas berjumlah RM71,350 sebelum meletakkan wang berjumlah RM71,000 bersama seutas rantai emas dengan anggaran berat 80 gram berhampiran longkang di bawah pokok dekat kawasan Bukit Serok, Kota Bahagia di sini.

Tambahnya, mangsa juga diarahkan menyerahkan video dan gambar dalam keadaan tanpa seurat benang.

“Pada pukul 6 pagi, 5 September lalu mangsa pergi semula ke tempat barangan yang ditinggalkan tersebut dan tidak menjumpai apa-apa barangan seperti yang diberitahu kepada mangsa,” katanya.

Katanya, susulan itu mangsa berasa tertipu dan datang ke Balai Polis Kota Bahagia di sini untuk membuat laporan.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan hasil siasatan awal mendapati kes ini merupakan penipuan ‘bomoh scammer’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI