TAHUN ini, Malaysia menyambut 68 tahun kemerdekaan. Seperti biasa, kita akan melihat perarakan, mendengar ucapan, dan media sosial dipenuhi tanda pagar tentang perpaduan dan kemajuan. Namun di sebalik semua itu, pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri, apakah sebenarnya erti ‘merdeka’? Jika kita meneliti semula sejarah perjuangan kemerdekaan, ia bukan sahaja menuntut kebebasan daripada penjajahan. Ia berakar daripada hasrat rakyat untuk hidup bermaruah, bebas daripada belenggu penindasan dan ketidakadilan. Soalnya, adakah kita telah benar-benar mengisi makna itu dalam kehidupan rakyat hari……