fbpx
Tuan Ibrahim.

Himpunan mega bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pas bersama parti lain dalam Perikatan Nasional (PN) akan menggerakkan himpunan mega bagi membantah Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB).

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, himpunan itu diadakan sekiranya kerajaan masih enggan mendengar pandangan Pas dan pelbagai pihak berhubung RUU berkenaan.

“Pas menggesa kerajaan menghentikan serta menarik balik pelaksanaan PSB. Pandangan ini bukan pandangan Pas semata, tetapi disokong pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu.

“Pas bersama rakan-rakan dalam PN akan menggerakkan rakyat Malaysia menyertai himpunan mega membantah akta ini. Butiran lanjut akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Tuan Ibrahim berkata, terdapat pelbagai kelemahan, permasalahan dan kesan jangka panjang terhadap perpaduan serta keharmonian hidup rakyat Malaysia akibat pelaksanaan PSB.

Katanya, walaupun PSB menyaksikan bantahan terbesar kepada sesuatu rang undang-undang (RUU) berbanding pelbagai RUU sebelum ini, kerajaan seolah-olah memekakkan telinga.

Menurutnya, sikap kerajaan dilihat angkuh dan langsung tidak mempedulikan pandangan pemegang taruh serta rakyat terbanyak.

“PN telah menyatakan bantahan awal semasa bacaan kali pertama dan disusuli pelbagai siri ceramah serta sesi penerangan oleh pelbagai pihak.

“Sikap Menteri KPKT daripada DAP yang bertanggungjawab dalam hal ini amat angkuh. PAS akan terus membantah dan keangkuhan perlu ditegur melalui himpunan aman rakyat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN